Description
Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA. Motivasi Inspirasi Spiritualiti dari Pengalaman Kisah Benar.
Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA-adalah kalam yang yang lahir daripada memahami makna BismillahirRohmanirRohim. Ia adalah pengalaman keajaiban kerohanian Caoch, apabila kita mengisi makna bismillah dalam hidup.
Sinopsis Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA (MRBK)
- Dalam buku ini Coach berkongsi kisah coach yang suka cakap dengan ALLAH, sejak kecil. Kenapa Coach suka bercakap, cerita, report, mengadu pada ALLAH? Sebab masa kecik2 rasa bahagia, rasa lega dapat cakap dengan ALLAH. Umpama kalau kita ada kawan baik, kita akan nak share semua cerita kita, dan kawan kita tu, pendengar setia kita. Dan Coach anggap kawan baik Coach masa kecik adalah ALLAH.
- Apabila dewasa Coach suka cakap dengan ALLAH, sebab, Coach nak INGAT ALLAH. Apabila memerhati, haiwan, pokok, batu, semua di alam ini, ALLAH firmankan, “Segala sesuatu sentiasa bertasbih pada ALLAH.” Jadi Coach tanya ALLAH, “Ya ALLAH, kalau semua benda, pokok, kucing, ikan, bertasbih pada ALLAH, bagaimana Aku saat ini???”
- Sekarang ni, kita INGAT ALLAH sentiasa ke? Kenapa putus? Dalam Tidur ingat ALLAH tak? (Actually bab tentang tidur, Coach akan kongsi dalam buku lain.) Cuma Coach sebut, supaya kalian SEDAR, bahawa mengingati ALLAH ini ada sesuatu yang BESAR, Akhbar!!! (melebihi dari segalanya). Sebagaimana firmanNYA, “Zikrullah hi Akhbar”. Yang bukan hanya kalian kena gali ilmu tu, bahkan seronok dapat Praktik dengan kefahaman sains.
- Jadi, tak hairanlah, kalau ALLAH berfirman dalam 1 hadis Qudsi, ALLAH akan nak beri perhatian dan nak beri lebih kepada orang yang sibuk INGAT ALLAH, melebihi, dari orang yg meminta-minta (berdoa) kepadaKU.
- ALLAH berfirman, bani Adam, ciptaan yang ALLAH muliakan dari segala makhluk. Tapi Mulia kah kita, berbanding pokok, angin, ikan, haiwan, malaikat, kalau ingatan kita PUTUS, LALAI dari Ingat ALLAH.
- Jadi kalau ingatan pada ALLAH putus, bermakna, apa kedudukan kita?
Adakah anda bertasbih saat ini? Apa beza tasbih kita Insan (bani Adam as) dengan tasbih makhluk lain? - Begitulah soalan tafakur Coach, akhirnya bertemu jawapan, apakah keistimewaan kita manusia sebagai Khalifah, yang penciptaan kita ini dilebihkan, lebih baik, lebih mulia dari segala makhluk di alamin ini hatta MALAIKAT sekalipun? [al-Isra’ 70].
- Ia akhirnya terjawab, apabila Coach ditimpa PENYAKIT YANG TAK KETAHUAN. Ujian itu menyebabkan Coach mengimbau setiap pengalaman dan kisah keajaiban yang ALLAH rasakan pada diri.” —yang sebenarnya hasil praktikaliti mukjizat ilmu hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim.
MANFAAT BUKU
- Manfaat Buku #1
Dari perkongsian buku ini, kalian akan rasa bestnya beriman kepada perkara ghaib, sebagai satu khabar gembira. Kalau kalian tak sempat baca buku-buku kisah sahabat, karamah wali ALLAH, dalam buku ni Coach ada kongsikan, supaya SEDAR sebagaimana firman ALLAH, al-Baqarah 1-5, menegaskan tentang petunjuk bagi orang bertaqwa adalah mereka yang beriman kepada perkara ghaib”
- Manfaat Buku #2
Di setiap kisah, bila tanya ALLAH, Coach suka buka al-Quran. Jadi apabila kalian baca buku Coach, kalian akan SEDAR bahawa setiap perjalanan hidup kita, ada tertulis dalam al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat, “tiada sekecil atau sebesar-besar, semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata -Surah Yunus 61”.
- Manfaat Buku #3
Tajuk buku, “Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA” adalah perkongsian dalam memahami makna kalam BismillahirRohmanirRohim. Asbab itu kalian akan Merasai Energi Gelombang Kasih Sayang ALLAH yang sangat Dekat. Jadi buat yang “terjatuh”, di luar sana, pengalaman Coach ini adalah mahu berkongsi Inspirasi agar kalian sentiasa bangkit, BERMOTIVASI dengan ALLAH.
- Manfaat Buku #4
Dari kecil, Coach suka cakap, luah, Tanya ALLAH, apa sahaja. Nikmat Bicara, Seronok, Luarbiasa, Powerful apabila kita Utamakan DIA. Bagaimana ALLAH menjawab? Kalian wajib baca sendiri buku MRBK ini, QS[42:51] “Dan tidaklah patut, SESEORANG MANUSIA ALLAH BERBICARA dengannya KECUALI dengan (jalan) wahyu atau dari SEBALIK TABIR..”
- Manfaat Buku #5
Buku yang telah pun memberi banyak JAWAPAN KESEDARAN & SENTUHAN QALBU kepada pembaca. Di sebalik penceritaan keajaiban kisah Coach ini, ia sebenarnya seiring membongkar “Rahsia Para Sahabat Mukmin Berjaya.”
- Manfaat Buku #6
“Buku ini akan mengingatkan perjanjian kita dengan ALLAH semasa di alam roh” dan membuatkan kita SEDAR, “musuh dalam diri yang lemahkan, merisaukan kita” yang melalaikan kita dan menghijab kedekatan kita dengan ALLAH.BERAT : Weight package (Anggaran Berat termasuk bungkusan bubble wrap) 0.45kg