Tentang Coach (Dr) Nurul Aein

BismillahirRahmanirRahim. “Di nafas kita diserang, di nafaslah kita perkukuhkan. Semoga menjumpai nikmat kasih sayang, teman sejati terindah dalam nafas.” ❤️ Itulah tagline yang sering diperdengarkan oleh (Dr) Nurul Aein Abd Kadir.
(Dr) Nurul Aein memulakan karier sebagai Pensyarah di Management Science & University (SA Collegues) & beliau terpilih sebagai Motivator sejak 2003 untuk merealisasikan program motivasi & pembangunan kendiri, kerjasama antara universiti dengan pihak sekolah.
Beliau ditauliahkan sebagai Pegawai Penilai, Persijilan Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, 2006.
Minat beliau sebagai motivator, terdorong apabila beliau melalui pengalaman spiritualiti sehingga “memaksa” beliau membaca dan bertafakur untuk mengetahui formula kejayaan para sahabat dan wali-wali ALLAH yang telah menemui keimanan tertinggi sehingga menerbitkan buku sulong beliau bertajuk “Menyaksi Rahsia Bicara KasihNya”.
Sekarang beliau merupakan Founder Arrafeiq Energy yang bergerak aktif sebagai Motivator, Trainer, Life & Self-Healing Coach. Gemar berkongsi dengan niat memberi inspirasi keamanan, motivasi, meningkatkan spiritualiti diri kepada masyarakat dan membantu mereka yang ingin Terokai & Memperkasakan Potensi Diri sebagai Super INSAN yang diciptakan mulia berbanding segala makhluk di alamin ini melalui Sains Spiritual.
Dahulu, beliau pernah menghadapi ujian yang mengancam nyawa—bertahan hampir 2 bulan tak boleh makan dan tidur. Melalui pengalaman mendalam ini, beliau menemui Ilmu dan Hikmah Keajaiban Bismillah sebagai solusi utama – menguasai diri agar tidak dikawal oleh keadaan. Disebabkan itu, beliau menulis Buku bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA untuk berkongsi inspirasi dari mukjizat hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim.
Hari ini, Arrafeiq Energy ditubuhkan untuk membantu individu mencapai keamanan beterusan, terutamanya selepas pandem1k, di mana ramai mengalami tekanan dan cabaran kesihatan yang meningkat.
Di Malaysia, beliau terlibat secara fizikal & webinar kepada pelbagai lapisan masyarakat, kolej, universiti, madrasah, agensi kerajaan, golongan orang kena pantau di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Alor Gajah Melaka, golongan istimewa di Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan (PLPP) Bangi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, School Holiday Program, kerjasama NGO, pusat kebajikan anak yatim dan ibu tunggal. Beliau turut dijemput terlibat dalam Webinar Pengurusan Menangani Stress di dalam Emosi, Minda Qalbu, Rohani program edisi Khas Covid-19 anjuran TALEMA dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai lagi.
Beliau juga berpeluang menyampaikan mesej keamanan melibatkan Pembangunan Diri Dalaman dan menjadi Fasilitator Pernafasan dalam Program Terapi (Total Breath Control) kepada pelbagai lapisan masyarakat di Negara India dan dijemput sebagai salah seorang Speaker dalam Career Talk Program di Britfort Academy, Kochi India, 2019.
Beliau juga terlibat dengan team research ilmu Mukjizat al-Quran dan dijemput menjadi panel forum berkongsi tentang kepentingan ilmu mukjizat al-Quran dalam menikmati kemanisan Iman kepada pihak Universiti dan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa. InsyaALLAH berselari dengan kesedaran tersebut, beliau sedang menjalankan kajian ilmu mukjizat al-Quran berkaitan Melihat Pokok Toyyibah Dalam Diri Sebagai Mukjizat Penyembuhan Diri Dalaman.
Pernah mendalami tentang Energi Healing, tahun 2013 dan dan energy Bismillahir Rohmanir Rohim 2015, kini meneruskan minat dalam bidang rawatan alternatif dan membantu mereka yang mahu menjana pendapatan atau merawat diri dengan Peranti Perubatan Electric Potential Therapy (DeepZleep Amlife, certified KKM).


Keinginan berkongsi pengalaman kisah benar sebagai inspirasi menyebabkan beliau menerbitkan buku beliau sendiri bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNya dan kini beliau sedang menulis buku-buku berkaitan Ilmu Mukjizat al-Quraan.

Certificate Convey Ceremony witnessing by Deputy Minister of Health (TPM1) during the World Accredited Healthcare Wellness Program – Accredited Health Coach, Counsellor, Consultant, Motivator, Trainer, Educator from TALEMA
















Ringkasan Profile(Dr) Nurul Aein

Anugerah dan Pencapaian
