Set Kombo Buku Diskaun RM55 Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA

RM55.00

Situasi pandemik yang lalu, membuatkan kami teringat kisah kami lebih kurang 14 tahun yang lalu. Hilang deria, terlebih deria, sakit menusuk tulang, ada “gangguan”, tak boleh tidur, tak boleh makan, angin semacam, batuk teruk, tak cukup nafas, dan pelbagai lagi… Saat ini masih ramai yang masih terpaksa menghadapi kesan kesakitan, dari situasi pandemik yang lalu. Rasa kasihan kepada masyarakat membuatkan dalam diri kami mahu KONGSI 1 Kefahaman Surat Cinta dariNYa.

Memahami isi surat, membuatkan kami mahu MEMELUK SEGALA PENGALAMAN kesakitan, pengalaman kami disihir, santau atau apa sahaja penyakit yang kami lalui dahulu, yang pernah kami rasa buntu dan tak masuk akal. Kami bersyukur dengan kesakitan itu, adalah asbab supaya kami diperingatkan pada 1 Surat Cinta dengan Yang Maha Esa.

Setiap apa yang berlaku, adalah TEGURAN KASIH SAYANGNYA.

Ada 1 Surat cinta dengan Yang Maha Esa.

Ada 1 JANJI antara kita dengan DIA Yang Maha Esa.

Yang Maha Esa mahu kita tahu akan 1 KEINGINANNYA. 1 SAHAJA.

Surat Cinta berbunyi “Wahai hambaku, engkau ada banyak keinginan aku ada 1 keinginan.”

Jika kita penuhi 1 KeinginanNya, segala 1001 keinginan kita DIA akan penuhi.

Apakah 1 KEINGINAN DIA Yang Maha Esa itu?

Jawapannya ada dalam buku MRBK kami, antaranya dalam bab 2, “Sedarkah kita, menzalimi diri itu, Menghijab Istimewanya Diri?”

Ada 2 keadaan sakit. Sakit fizikal dan sakit spiritual. Tahukah anda mana datang dulu?

Ada 2 orang sakit. Seorang sedang memeluk kesakitan dengan cinta, seorang lagi merasa azab dan terseksa. Mana 1 keadaan kita?

Tanpa memahami 1 KEINGINAN itu, kita belum dapat MEMELUK setiap ujian yang mendatang.

Namun jika faham, maka “TIADA KESUSAHAN MELAINKAN KASIH SAYANG” , Bab 35 Rebut Peluang Ketika Musibah”

Dengan mula memahami 1 KEINGINAN itu, apabila anak kami sakit yang pakar buntu untuk memberi solusi, kami “merawat” anak kami tanpa kami sentuh. “Bab 12, Putus Harap pada Makhluk”.

Dengan mula memahami 1 KEINGINAN itu, apabila anak kami terseliuh, saat tiada siapa berani nak sentuh hatta pakar spine & bone tak berani sentuh, kami merawat tanpa sentuh.

Kami pasti anda tak boleh terima logik akal. Rawat tanpa sentuh?? Ya benar, pengalaman kami rawat tanpa sentuh fizikal. Namun bagi kami tiada yang mustahil, dengan izin qudratNya.

Kami simpan pengalaman cerita kami 10-14 tahun dahulu sebab sukar kami nak cerita “keajaiban” ini. mesti diri anda berbisik, betul ke ni, rawat tanpa sentuh?? Namun Alhamdulillah apa yang kami lalui “teknologi manusia rawat tanpa sentuh” ALLAH YANG MAHA MENCIPTAKAN telah menzahirkan, mentajjalikan 1 alat teknologi Ajaib, Rawat tanpa sentuh, Boleh rujuk pada page kami.

“Wahai hamba-Ku, Aku punya 1 keinginan dan kamu punya banyak keinginan. Yang pasti terjadi hanyalah keinginan-Ku. Aku akan berikan apapun yang kamu inginkan jika kamu ikuti keinginan-Ku. Jika kamu tidak mengikuti keinginan-Ku, Aku akan lelahkan kamu mengejar keinginanmu. Hadis Qudsi

Begitulah kasih sayangNya, KEINGINANNYA untuk kami wajib sampaikan pada kalian, apakah 1 KEINGINANNYA, Yang Dia sedang Tegur agar kita ingat pada janji itu.

100 in stock

Description

Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA

Motivasi Inspirasi Spiritualiti dari Pengalaman Kisah Benar

Bantu Rawat tanpa ubat dengan Kuasa Bicara dan Ingatan kepada ALLAH Yang Maha Wajib Diingat

Weight package (Anggaran Berat termasuk bungkusan bubble wrap)  0.45kg

 

Additional information

Weight 0.42 kg
Dimensions 22 × 15 × 2 cm
Color

white, yellow