Apa Servis Coach Tawarkan?
Siapa Coach (Dr) Nurul Aein?

Saya Nurul Aein, Certified Life Coach, Motivator, Penulis dan Spiritual Science Coach. Saya berpengalaman hampir 10 tahun sebagai seorang pensyarah. Mempunyai kelulusan dalam bidang Master in Science (Computer) dan Professional Diploma in Islamic Revealed Knowledge.
Kini, saya menjalankan program pembangunan diri untuk individu berasaskan mukjizat ilmu hikmah BismillahirRohmanirRohim, menggabungkan aspek spiritual, sains, dan latihan rohani untuk membina kesedaran, kesejahteraan, dan potensi diri.
Program ini membantu individu menyelesaikan masalah dari akar, menguasai diri untuk mencapai kejayaan agar menikmati keamanan serta kebahagiaan berterusan.
Saya juga Health Consultant DZ-EPT Technology, membantu individu untuk sihat, proses healing semula jadi dan kesejahteraan holistik melalui teknologi.
Saya percaya bahawa kejayaan sebenar bermula daripada keamanan dalaman. — apabila fizikal, minda, emosi dan spiritual selari. Dengan ilmu ini, manusia mampu sembuh dan bangkit sebagai Super INSAN yang diciptakan mulia — martabatnya lebih tinggi berbanding segala makhluk di alam ini, sebagaimana ALLAH berfirman.
“Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam.”
— Surah al-Isra’, ayat 70
APA YANG SAYA TAWARKAN:
1. Kelas & Seminar Transformasi Diri
- Bukan kelas mengaji (tilawah, tajwid) ayat al-Quran) : Fokus kepada kesedaran diri, kekuatan dalaman, tenaga kedamaian, potensi diri, dan latihan praktikal rohani melalui mukjizat ilmu Hikmah Bismillah.
- Contoh topik: Awaken Inner Peace (Bangkitkan Ketenangan) dengan Mukjizat Ilmu Hikmah BismillahirRohmanirRohim + DZ EPT Teknologi, dan Amankan Diri Amankan Sel- Formula Percaya.
2. Penulisan Buku & Video
- Buku: Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA – adalah kalam hikmah yang lahir apabila memahami makna BismillahirRohmanirRohim. Ia adalah pengalaman kerohanian Coach, apabila kita mengisi makna bismillah dalam hidup terutamanya untuk anda yang mahu tahu bagaimana mukjizat ilmu Hikmah BismillahirRohmanirRohim memberi manfaat aman, iman kepada diri anda. (boleh klik di menu untu info detail buku MRBK https://nurulaein.com/bangkitkanketenangan/)
- Video Eksklusif: Saya berkongsi pengalaman kisah benar hidup dan tips amalan secara asas sesuai untuk anda faham dan amalkan. Antara topik, Video 1001 Hikmah Pengalaman Gangguan Tidur (From Slepplessness to Innerpeace).
3. Online Life Coaching with Bismillah Journey (Online 1-to-1 Coaching)
- Sesi coaching untuk Coach bantu anda temui kejelasan, membina keyakinan dan mengambil tindakan dengan lebih yakin.
- Jawapan sebenar datang dari diri anda sendiri – Dalam sesi coaching, saya membimbing anda supaya lebih sedar tentang diri sendiri melalui pendekatan reflektif dan menggunakan analogi serta hikmah yang relevan dengan pengalaman anda.
- Sesi online dijalankan melalui Zoom / Google Meet. Untuk makluman, kamera perlu dibuka sepanjang sesi.
- Kadar Coaching
1 sesi = 45 minit (RM100)
Jika anda memilih untuk meneruskan selepas sesi ini ia dikira sebagai sesi baharu.
4. Peluang pendapatan melalui kerjasama Teknologi, Inovasi dan Pendidikan.
- Kami bantu anda untuk yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pendidikan dan perkembangan spiritual, melalui platform Think Quran AI.
5. Program Latihan untuk Organisasi (Opsional / Masa Depan)
- Rancangan masa depan: program untuk organisasi menyokong kesihatan holistik, keseimbangan emosi, dan budaya kerja positif.
Berminat:
Jika anda ingin membina kesedaran, kekuatan dalaman, dan potensi luar biasa melalui ilmu spiritual dan sains — Coach sedia membantu.
Boleh layari servis terkini atau terus DM saya 😊
email: coachnurulaein@gmail.com
FAQ RINGKAS
Coaching VS Healing?
- Coaching: Bimbingan untuk sedar, jelas dan buat tindakan perubahan.
- Healing: Latihan praktikal dan riadah rohani semasa kelas atau program khas.
Kenapa better hadir kelas sebelum coaching?
- Supaya sesi coaching lebih bermakna dan berkesan, kerana kadang-kadang ia merujuk latihan atau kefahaman semasa kelas.
Adakah semua orang perlu coaching?
- Tidak. Ramai peserta sudah mendapat kesedaran dan perubahan hanya dengan hadir kelas. Coaching sesuai untuk mereka yang mahu bimbingan lebih fokus apabila rasa stuck.
