“Situasi pandemik yang lalu, membuatkan kami teringat kisah kami lebih kurang 14 tahun yang lalu. Hilang deria, terlebih deria, sakit lenguh menusuk tulang, semacam ada “gangguan”, anxiety, tak boleh tidur, gangguan tidur, tak boleh makan, angin semacam, batuk teruk, tak cukup nafas, lemas dalam tidur dan pelbagai lagi…”
Saat ini, ramai yang masih terpaksa menghadapi kesan kesakitan, dari situasi pandemik yang lalu. Rasa kasihan kepada masyarakat membuatkan dalam diri kami mahu KONGSI kisah pengalaman kami.
Pengalaman yang kami berkongsi bertujuan untuk menyampaikan NIKMAT terbesar yang kami terima atas segala ujian, bersama praktikaliti yang kami telah lakukan dalam menangani situasi tersebut.
Mungkin kalian pernah membaca buku kami bertajuk “Menyaksi Rahsia Bicara KashihNYA”, kisah pengalaman kami mencari jawapan “apa keistimewaan kita manusia sebagai khalifah, dibandingkan dengan makhluk lain seperti, haiwan, tumbuhan hatta malaikat sekalipun”.
1. Modaliti Insan – Kami berkongsi apakah praktikaliti yang kami lakukan, yang akhirnya kami sedar, perkara tersebut membantu kami tangani “pandemik kami lebih kurang 14 tahun lalu” berdasarkan kisah benar kami, dengan bermodalkan diri sendiri.
2. Teori Sains berdasarkan bantuan peranti perubatan – Pengalaman kisah benar kami, yang kami bakal sampaikan pada kalian, akan kami kaitkan dengan teori sains dan peranti perubatan terkini, sebagai alat bantu kesembuhan secara semula jadi diri anda.
Real life experienced. Perkongsian Pengalaman Sebenar
Real life experienced. Perkongsian Pengalaman Sebenar.
Take support to the next level.