Akibat P3ndemIk
Ramai yang menanggung KESAKITAN seperti kronik stress, gangguan keamanan anxiety, panick attack, SUKAR TIDUR dan SAKIT yang datang tiba-tiba mahupun MASALAH rezeki & hubungan hambar..
Sakit yang paling sengsara adalah apabila berhadapan dengan situasi yang dah tak boleh nak diterima secara Rasional, mahupun Logik, atau sakit yang tidak boleh ditunjukkan dengan pandangan fizikal, seperti disantau, disihir, sakit yang tak pasti PUNCA, STRESS tak jumpa Penyelesaian dan untuk mudah faham adalah sakit disebabkan “serangan” KETAKUTAN sebagaimana semasa p3ndemIk yang hampir semua pernah alaminya. Setuju?
Jauh di sudut Naluri kita, kadangkala berharap ada Keajaiban.
Melihat dunia masih berlaku kekacauan, peperangan, ketidakamanan, dan yang zalim bermaharajalela, manakala akibat P3ndeMlk ramai menanggung kesakitan, jauh di sudut hati, tanpa sedar, ramai yang tertanya-tanya, saat bilakah pertolongan Kuasa Yang Maha Agung akan tiba, untuk melenyapkan segala konflik ini?
TAHUKAH KITA?
** Di saat kita Stress mencari penyelesaian, Spiritual (Rohani) kita sebenarnya sedang memberontak!
** Kesilapan kita adalah, kita KONSISTEN beri makanan fizikal kepada tubuh badan kita, TETAPI kita TAK TAHU BAGAIMANA NAK KONSISTEN beri makanan kepada Spiritual (Rohani) kita.
** Akibatnya, spiritual kita menjadi lemah. Bila lemah, kita sakit, stress, Tak AMAN, Tak Tenang, dalaman diri berperang, Huru Hara.
Jadi Sangat Penting Untuk Konsisten Memberi Santapan kepada Rohani (Spiritual) kita agar tidak huru-hara & KONSISTEN mencapai KEAMANAN.
Nak tak?
Walau Tidak Cukup Bekalan Makanan, kekurangan duit, masih dapat Mengisi keamanan.
Nak tak?
Walau Stress Hubungan Renggang, Putus Cinta diganti dengan Menikmati Keamanan.
Nak tak?
Di saat bencana, sedang sakit, walau takde ubatan, (apatah lagi jika yang ada memudaratkan), kita Masih Boleh menikmati keamanan?
Wow, luarbiasa kan? “too good to be true” Boleh Percaya ke? Boleh. Bukti NYATA dah ada dalam al-Quran. Tak boleh sebab kita tak pernah kuasai ilmu Hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim hingga kenal Makrifat BismillahirRohmanirRohim.
Hamdan Lillah, Syukran Lillah, Coach ni dari kanak-kanak minat nak tahu tentang ALLAH. Suka Tanya ALLAH, antaranya, “Kalau Dajal datang, bagaimana nak confirm “Tasbih” , zikrullah boleh kenyangkan orang Mukmin?”
Lalu ALLAH menjawab dengan … Lebih kurang 11 tahun sebelum p3ndem1k “dunia panik”, diberinya Coach pengalaman, alami situasi yang tak logik, tak rasional, tak boleh tidur, tak boleh makan, hampir 2 bulan berterusan, (kalau tak boleh minum setakat 3 bulan, Coach dah biasa -masa mabuk mengandung) .
Coach ingat lagi, sebab masa tu Coach unpaid, cuti tanpa gaji. Ada yang kata disihir, disantau, hubungan suami isteri jadi renggang, sakit lenguh mencucuk ke dalam tulang, batuk teruk yang macam nak tercabut tekak, badan berangin, tiba-tiba jantung berdebar, gastrik yang sampai doktor pakar tu kata, “Puan saya dah tak tau nak beri ubat apa, …” Untuk pengetahuan bukan seorang pakar saya temui. Ada pakar yang lain pula “Puan, jujurnya saya tak tau nak diagnose puan sakit apa.. tapi saya memang kasihan tengok keadaan Puan.”
Waktu itu, puas Coach berubat, secara Islamik pun sudah tapi waktu tu, belum bertemu penyelesaian. Namun yang PENTING, bukan, bukan, Bukan Coach nak cerita kesakitan Tetapi SOLUSI yang Coach SUDAH temui.
Apapun, Coach bersyukur & memuji ALLAH, apa yang Coach lalui adalah pengalaman yang sebenarnya adalah NIKMAT TERINDAH yang tiada galang gantinya, untuk ALLAH beri jawapan kepada Coach, tentang persoalan, bagaimana “tasbih” mengenyangkan orang mukmin, di saat Dajal keluar nanti . Yang Coach jelas yakin, melalui mukjizat ilmu hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim.
Dan sekarang ini, untuk anda pula terutamanya yang TERKESAN dengan p3n6emik, Coach nak berkongsi bagaimana kita boleh menjadikan KEAMANAN, KEBAHAGIAAN sebagai ASAS KEKUATAN UTAMA dalaman diri kita TANPA dikuasai oleh faktor luaran.
Kiranya kita nak UBAH, TRANSFORM hidup kita.
BUKAN ada duit, saya baru Aman BAHAGiA. Bukan!
BUKAN ada pasangan, barulah saya Aman Bahagia! Bukan! Bukan ada makanan, barulah saya Aman Bahagia! Bukan!
Jom kita niat nak ubah hidup, ubah subconscious mind kita, dengan memahami Makna KEAMANAN 24 jam melalui Mukjizat Ilmu Hikmah Bismillahhir Rohmanir Rohim.
memperkenalkan
Clinical Mukjizat BismillahhirRohmanirRohim Wisdom-Knowledge Program
dalam siri
“Self-Healing through Technology & Miracle Wisdom of Bismillah”
berdasarkan Perkongsian Pengalaman Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA (MRBK) ❤️
& praktikaliti mukjizat ilmu hikmah BismillahirRohmanirRohim.
# Program ini meletakkan ketenangan sebagai asas keutamaan dalam hidup, BUKAN sebagai perkara yang terakhir.
# Keajaiban dari mukjizat bismillah, berlaku apabila ketenangan menjadi asas kukuh, ia akan melangkaui kehendak emosi dan keperluan fizikal kita.
# Program ini melatih peserta untuk mencapai ketenangan secara konsisten, kejayaan holistik, dan transformasi diri yang membolehkan mereka berkembang dalam semua aspek kehidupan.
# Melalui program ini, kalian akan faham bagaimana Coach menguasai diri agar tidak dikawal oleh keadaan, terutamanya di saat kritikal, melalui perkara yang tak rasional dan tak masuk akal, dengan Energi Cinta & Kasih Sayang ❤️
Bagaimana kami lakukan?
Perkongsian yang kami jalankan adalah melalui buku, video, seminar, sesi coaching serta kefahaman melalui teknologi perubatan (telah mendapat pengiktiran Kementerian Kesihatan Malaysia, Jepun, sebagai peranti perubatan) yang Selamat dan kaitannya dengan Mukjizat Ilmu Hikmah Bismillahhir Rohmanir Rohim.
NAMUN UNTUK PERMULAAN, COACH SARANKAN ANDA MULAKAN DAHULU DENGAN SET KOMBO 1001 HIKMAH PENGALAMAN GANGGUAN TIDUR,
yang mengandungi:
1 unit Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA (Sebagai permulaan untuk memahami kisah keajaiban dari Mukjizat Ilmu Hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim )
1 Link Video Berbahasa Melayu “Dari Gangguan Tidur kepada Keamanan Mendalam” “From Sleeplessness to Inner peace” durasi 5 jam. – Kenapa Tidur? sebab biasanya bila anda sakit, menahan sakit, anda biasanya ada masalah untuk tidur lena. (Pendahuluan yang wajib anda tonton untuk beri KESEDARAN awal, bagaimana Coach akan mengharmonikan secara saintifik dan spiritual untuk mendapat keamanan, sebelum mengikuti Siri Seminar berkenaan Mukjizat lmu Hikmah dan teknik latihan yang lebih mendalam.)
Bagaimana Set Kombo ini bantu anda?
Bagi Coach TIDUR ini ibarat masuk ke satu alam yang kita nak sangat rasa rehat dan aman tenteram.
Sinopsis
“Kisah benar, Pengalaman SPIRITUAL, penemuan jawapan Coach, apakah kehebatan keistimewaan kita manusia sebagai Khalifah, yang penciptaan kita ini dilebihkan, lebih baik, lebih mulia dari segala makhluk di alamin ini hatta MALAIKAT sekalipun? [al-Isra’ 70].
Ia akhirnya terjawab, apabila Coach ditimpa PENYAKIT YANG TAK KETAHUAN. Ujian itu menyebabkan Coach mengimbau setiap pengalaman dan kisah keajaiban yang ALLAH rasakan pada diri.” –yang sebenarnya hasil praktikaliti mukjizat ilmu hikmah Bismillahir Rohmanir Rohim.
APA 12+ MANFAAT ANDA DAPAT DARI SET KOMBO 1001 HIKMAH PENGALAMAN GANGGUAN TIDUR?
( Buku MRBK + Video )
Manfaat 1
Merasai Energi Gelombang Kasih Sayang ALLAH yang sangat Dekat
Manfaat 2
Rasai Energi Keamanan dan adaptasikan kisah tersebut untuk manfaat kesembuhan, kesihatan, kesejahteraan diri kalian.
Manfaat 3
Buku MRBK ini umpama “SURAT CINTA” dari ALLAH. Mana tidaknya, di setiap kisah, bila tanya ALLAH, Coach suka buka al-Quran. Jadi buat yang “terjatuh”, di luar sana, pengalaman Coach ini adalah mahu berkongsi Inspirasi agar kalian sentiasa BANGKIT, BERMOTIVASI dengan ALLAH.
Manfaat 4
Dari kecil, Coach suka cakap, luah, Tanya ALLAH, apa sahaja. Nikmat Bicara, Seronok, Luarbiasa, Powerful apabila kita Utamakan DIA. Bagaimana ALLAH menjawab? Kalian wajib baca sendiri buku MRBK ini.
Manfaat 5
Buku yang telah pun memberi banyak JAWAPAN KESEDARAN & SENTUHAN QALBU kepada pembaca. Di sebalik penceritaan keajaiban kisah Coach ini, ia sebenarnya seiring membongkarkan “RAHSIA PARA SAHABAT MUKMIN BERJAYA.”
Manfaat 6
“Buku ini akan mengingatkan perjanjian kita dengan ALLAH semasa di alam roh”.
Wahai hamba-Ku, AKU punya 1 keinginan dan kamu punya banyak keinginan. Yang pasti terjadi hanyalah keinginan-Ku. Aku akan berikan apapun yang kamu inginkan jika kamu ikuti keinginan-Ku. Jika kamu tidak mengikuti keinginan-Ku, Aku akan lelahkan kamu mengejar keinginanmu. – Hadis Qudsi.
Manfaat 7
Dengan faham makna tidur, secara saintifik dan spiritual, anda boleh SEDAR penting latih diri sepanjang hari untuk mula mencapai KEAMANAN.
Manfaat 8
Anda akan perolehi kesedaran, apakah energi yang membuatkan anda STRESS, anxiety atau yang mengganggu tidur anda terutamanya setelah p3n6emlk. Pentingnya ketahui energi ini, walaupun anda tiada masalah tidur!
Manfaat 9
Anda akan sedar bahawa, UBAT TIDUR paling mujarab adalah Doa Tidur.
Manfaat 10
Anda akan didedahkan secara saintifik proses kesembuhan semasa tidur, supaya anda sedar pentingnya untuk menyediakan diri agar aman di siang hari.
Manfaat 11
Tips mula latih diri, secara asas.
Manfaat 12
Apabila otak kita bertafakur tentang ayat ALLAH, ia akan bantu perkembangan minda dan qalbu anda. Dari video ini, anda, mula tafakur apakah Rahsia 7 Pemuda al-Kahfi diselamatkan dari kerajaan yang zalim, DAN perkaitannya dengan Tidur.
Manfaat 13
Anda akan tahu, bagaimana dengan Energi Cinta Bismillah akhirnya Coach rawat diri, tanpa pil tidur dan merasai Betapa ALLAH Maha Kasih Maha Sayang sangat dekat kepada hambaNYA yang selalu bicara, bertanya tentangNYA.
Apa Kata Mereka Yang Pernah Mendapatkan Khidmat Kami?
NANTI DAHULU. ADA BONUS KAMI NAK BERI kepada 50 PELANGGAN TERAWAL.
Anda akan dapat FREE EPT Consultation “3in1” Bernilai RM599.
** Sesi ini akan dijalankan di HQ KL/Selangor
** Temujanji diperlukan: Kami akan mengatur masa yang sesuai (50 pembeli terawal).
** Ketahui cara mudah, selamat, unik dan aman untuk menjaga kesihatan.
(+1) Perkongsian Secara Online
(+1) Bagi pelanggan terawal, yang tidak dapat bertemu secara fizikal, jika berminat anda masih boleh dapatkan +1 Bonus sesi konsultansi online dari kami “Self-Healing with Teknologi EPT”.
Siapa Coach (Dr) Nurul Aein?
Hamdan Lillah, Syukran Lillah, atas nikmat ALLAH.
Bismillahhir Rohmanir Rohim, “Saudara Saudariku, Perlu faham, semasa mencari penyelesaian, kesembuhan (sebenarnya) kita sedang mencari ENERGI yang match, yang ALLAH mahu kita tahu, SEDAR sesuatu, “mesej” teguran kasih sayang dariNYA. Ada peserta saya, yang mengakui dia mula sembuh setelah TERSEDAR mendengar kata-kata yang dilontarkan dalam seminar, ada yang ketika baca buku MRBK.
Jadi perlu anda faham, Kata-kata adalah Energi, ubat adalah energi, wang ringgit yang kita dapat dari titik peluh kita adalah energi, perasaan berkasih sayang juga perlukan energi. Jadi, semua yang kita bayar, infaq, beli, ada kaitan dengan pertukaran, perubahan energi dalam diri kalian SENDIRI.
Jadi segala pembelian yang kalian lakukan berniatlah untuk mendapat kehidupan dalam suasana “energi” sihat & iman, berterusan serta dalam rahmat kasih sayang ALLAH.
Seumpama bila kita sakit, kita bayar untuk jumpa Doktor, niat nak sembuh, seumpama kita nak maintain kesihatan kita bayar untuk beli supplement, niat nak dapat nutrisi. At the end, bila kita faham secara saintifik segala makanan, ubatan, kita makan, semuanya diproses bertukar kepada ENERGI.
Teringat pesan Awliya ALLAH, Guru Kami, semasa kami menerima amanah untuk sampaikan mukjizat ilmu hikmah BismillahirRohmanirRohim ini, “Apa yang kalian sampaikan adalah ‘darah daging’ kalian.” Jadi mereka yang mahu kesan ilmu itu melekat, wajib hargai, perlu bayar dengan ‘energi’, tenaga, dari titik peluh (yang zaman sekarang ada dalam wang ringgit). Kalau dengar secara Percuma, buang masa, takkan ada kesan (mendalam berpanjangan), masa dengar seronok, bila selesai takkan bawa apa-apa perubahan. (ALLAH mahu pengorbanan)”
Untuk itu sekali lagi, apa sahaja yang peserta bayar, beli terhadap perkongsian ini kalian berniatlah, untuk kebaikan manfaat kesihatan jasmani mahupun rohani diri kalian sendiri, kerana bagi Coach pula, tiada nilai yang mampu membayar, membalas “energi”, NIKMAT pengalaman penyaksian yang Coach lalui. Wassalam.“
f
Dapatkan Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA dan Link Video 5 jam++ “From Sleeplessness to InnerPeace: Healing through BICARA KASIHNYA and Spiritual Science “Dari Kesukaran Tidur berubah kepada Keamanan Mendalam: Penyembuhan melalui Bicara KasihNYA dan Sains Spiritual.“dalam Set Kombo 1001 Hikmah Pengalaman Gangguan Tidur.”
SOALAN LAZIM (FAQ)
Penafian (Disclaimer)
Perkongsian dalam video dan buku ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis/penceramah dalam menjalani proses self-healing serta penghayatan spiritual melalui mukjizat ilmu hikmah Bismillahirrahmanirrahim. Ia bertujuan memberi inspirasi kesedaran tentang kuasa sembuh semulajadi Insan, sekaligus menggilap potensi Diri dengan mengubah subconscious mind supaya menjadikan Aman Bahagia sebagai asas, akar dalam kehidupan, tanpa dikuasai atau dikawal oleh keadaan.
Set kombo ini bukan bertujuan untuk menggantikan diagnosis, rawatan atau nasihat daripada pakar perubatan bertauliah.
Hasil atau kesan yang diperoleh mungkin berbeza bagi setiap individu. Kami tidak menjamin sebarang perubahan kesihatan atau kehidupan secara serta-merta, kerana ia bergantung kepada usaha, kesungguhan dan izin Allah SWT.
© Arrafeiq Energy (002151037-U)