Rebuilding Inner Resilience through Hikmah Bismillah

RM222.00

Category:

Ramai orang nampak hidup mereka stabil… tetapi dalam diam sedang bergelut dengan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Mungkin anda juga sedang mengalaminya.

🌍 Reality Hidup Sekarang

Kita sedang berada dalam fasa kehidupan yang sangat mencabar — seolah-olah di akhir zaman.

Pandemik, peperangan dan krisis kemanusiaan yang berlaku hari ini menjadi peringatan bahawa ketenangan yang kita rasa selama ini sebenarnya sangat rapuh.

Dalam diam, ramai yang:

  • Rasa kosong, cemas atau trauma selepas pandemik
  • Tertanya bagaimana untuk hidup lebih tenang walaupun dunia semakin goyah
  • Fikir “apa akan jadi kalau itu berlaku… ini berlaku…” sehingga logik akal tidak lagi mampu menenangkan diri
  • Rasa terbeban walaupun hidup nampak normal

MUNGKIN ANDA JUGA PERNAH RASA…

  • Dah puas berdoa… tapi masih belum jumpa jawapan
  • Dah cuba kuat… tapi dalam diri masih penat
  • Nak berubah… tapi tak tahu dari mana nak mula
  • Rasa hidup ada sesuatu yang “tak kena”… tapi tak jelas apa

Dan mungkin…
Anda pernah bangun malam, mengadu kepada ALLAH…

Tapi masih tertanya:
“Kenapa aku masih belum tenang?”


PERKENALKAN SESI LATIHAN

Rebuilding Inner Resilience
(Membina Semula Ketahanan Jiwa )
Through the Wisdom of BismillahirRohmanirRohim

Berasaskan pengalaman sebenar dan perjalanan hidup yang dikongsikan dalam buku Menyaksi Rahsia Bicara Kasih-Nya (MRBK).


🌿 PERKONGSIAN COACH

Saya bukan bermula dengan jawapan.
Saya bermula dengan pencarian.

Pernah melalui keadaan:

  • Tidak boleh tidur
  • Tidak boleh makan
  • Badan sakit tanpa penjelasan jelas
  • Emosi dan fikiran terganggu

Sehingga doktor pakar sendiri berkata:
“Saya tak pasti nak diagnose awak sakit apa…”

Namun hari ini saya faham…
bukan kesakitan itu yang utama…
tetapi jawapan yang ALLAH tunjuk di sebaliknya.

👉 Ketenangan bukan datang dari luar
👉 Tetapi dari kesedaran yang dibina dari dalam diri


🌱 APA YANG RAMAI TAK SEDAR

Kita sangat menjaga fizikal…
tetapi kita tidak tahu bagaimana menjaga rohani.

Kita makan setiap hari,
tetapi tidak tahu bagaimana “memberi makan” kepada jiwa.

Akibatnya:

  • Hati menjadi lemah
  • Emosi tidak stabil
  • Hidup terasa sempit

KUNCI YANG MUDAH TAPI MENDALAM

ALLAH telah beri formula:

👉 Jika mengingati ALLAH, hati menjadi tenang
👉 Jika lalai, hidup terasa sempit

Namun persoalannya…

Adakah kita benar-benar mengingati…
atau sekadar menyebut?


🌿 BUKAN KELAS MENGAJI

Sesi ini bukan kelas membaca atau menghafal.

Ia adalah bimbingan praktikal untuk memahami bagaimana hikmah Al-Quran boleh dihidupkan dalam diri.

Anda bukan belajar untuk menyebut…
tetapi belajar bagaimana membina kesedaran sebenar
yang memberi kesan kepada perasaan, fikiran dan qalbu dalam kehidupan harian.


🌿 HADIS & KESEDARAN

“Setiap perkara yang tidak dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim akan terputus daripada rahmat dan keberkatan.”

Apabila seseorang berada dalam kegelisahan dan kecelaruan, ia sebenarnya tanda kesedaran “Bismillah” dalam dirinya sedang terputus.

👉 Jadi bagaimana untuk kembali kepada ketenangan itu?

InsyaALLAH, anda akan mula faham melalui workshop ini.


🌿 APA YANG ANDA AKAN DAPAT DALAM SESI INI

Workshop ini adalah sesi online selama 4 jam yang membimbing anda kembali memahami diri dan membina kesedaran dari dalam.

Dalam sesi ini anda akan:

  1. Sedar penting beriman kepada perkara yang ghaib → sebagai asas kejayaan
  1. Jelas tentang bagaimana tafakur berfungsi dalam membentuk semula cara fikir, serta kaitannya dengan proses neuroplasticity dalam diri.
  2. Memahami punca sebenar “negativiti” gangguan emosi, keresahan dan tekanan hidup, serta bagaimana Hikmah Bismillah membantu anda menanganinya dari akar dalaman.
  3.  Mempelajari dan mempraktikkan Teknik BDN untuk melemahkan corak pemikiran negatif, membina ketenangan jiwa dan menguatkan kestabilan dalaman diri.

SIAPA YANG SESUAI MENYERTAI?

Workshop ini sesuai untuk anda yang:

  • Rasa penat secara emosi walaupun hidup nampak normal
  • Sedang mencari ketenangan yang lebih stabil dari dalam
  • Ingin memahami diri dan cara fikir dengan lebih jelas
  • Mahu keluar dari kitaran overthinking, cemas dan kosong

UNTUK ITU

Jika hidup anda terasa semakin tidak stabil…
mungkin yang diperlukan bukan untuk menjadi lebih kuat…
tetapi untuk menjadi lebih sedar dari dalam.


DAFTAR SEKARANG


 

 

 

Scroll to Top