
























Siapa Coach & Trainer di sebalik Kelas Awaken Inner Peace?
Hamdan Lillah, Syukran Lillah, atas nikmat ALLAH.




















Bismillahhir Rohmanir Rohim, “Saudara Saudariku, Perlu faham, semasa mencari penyelesaian, kesembuhan (sebenarnya) kita sedang mencari ENERGI yang match, yang ALLAH mahu kita tahu, SEDAR sesuatu, “mesej” teguran kasih sayang dariNYA. Ada ramai peserta saya, yang mengakui mereka mula sembuh setelah TERSEDAR mendengar kata-kata yang dilontarkan dalam kelas seminar dan ada yang ketika membaca buku MRBK.
Jadi perlu anda faham, Kata-kata adalah Energi, ubat adalah energi, wang ringgit yang kita dapat dari titik peluh kita adalah energi, perasaan berkasih sayang juga perlukan energi. Jadi, semua yang kita bayar, infaq, beli, ada kaitan dengan pertukaran, perubahan energi dalam diri kalian SENDIRI.
Jadi segala pembelian yang kalian lakukan berniatlah untuk mendapat kehidupan dalam suasana “energi” sihat dengan iman, berterusan serta dalam rahmat kasih sayang ALLAH.
Seumpama bila kita sakit, kita bayar untuk jumpa Doktor, niat nak sembuh, seumpama kita nak maintain kesihatan kita bayar untuk beli supplement, niat nak dapat nutrisi. At the end, bila kita faham secara saintifik segala makanan, ubatan, kita makan, semuanya diproses bertukar kepada ENERGI. – “Apa sahaja yang wujud, setiap zarahnya mengandungi tenaga (inspired by Einstein’s E=mc²)
Teringat pesan Awliya ALLAH, Guru Kami, semasa kami menerima amanah untuk sampaikan mukjizat ilmu hikmah BismillahirRohmanirRohim ini, “Apa yang kamu nak sampaikan sebenarnya adalah ‘darah daging’ kamu.” Jadi mereka yang mahu kesan ilmu itu melekat, wajib hargai, perlu bayar dengan ‘energi’, tenaga, dari titik peluh (yang zaman sekarang ada dalam wang ringgit). Kalau dengar secara Percuma, buang masa, takkan ada kesan, takkan melekat (mendalam berpanjangan), masa dengar seronok, bila selesai takkan bawa apa-apa perubahan. (ALLAH mahu pengorbanan)”
Untuk itu sekali lagi, apa sahaja yang peserta bayar, beli terhadap perkongsian ini kalian berniatlah, untuk kebaikan manfaat kesihatan jasmani mahupun rohani diri kalian sendiri, kerana bagi Coach pula, tiada nilai yang mampu membayar, membalas “energi”, NIKMAT TERINDAH pengalaman penyaksian yang Coach lalui. Wassalam.“

SOALAN LAZIM (FAQ)
Penafian (Disclaimer)
Perkongsian daalm buku dan kelas ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis/penceramah dalam menjalani proses self-healing serta penghayatan spiritual melalui mukjizat ilmu hikmah Bismillahirrahmanirrahim. Ia bertujuan memberi inspirasi kesedaran tentang kuasa sembuh semulajadi Insan, sekaligus menggilap potensi Diri dengan mengubah subconscious mind supaya menjadikan Aman Bahagia sebagai asas, akar dalam kehidupan, tanpa dikuasai atau dikawal oleh keadaan.
Kelas ini bukan bertujuan untuk menggantikan diagnosis, rawatan atau nasihat daripada pakar perubatan bertauliah.
Hasil atau kesan yang diperoleh mungkin berbeza bagi setiap individu. Kami tidak menjamin sebarang perubahan kesihatan atau kehidupan secara serta-merta, kerana ia bergantung kepada usaha, kesungguhan dengan izin ALLAH Subhanahuwataala.
© Arrafeiq Energy (002151037-U)